Hanya Tuanku Muhriz berkuasa perkenan persidangan DKU

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan bahawa sebarang persidangan atau mesyuarat yang diadakan tanpa perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak boleh dianggap sebagai suatu persidangan Dewan Keadilan Undang (DKU).

RINGKASAN BERITA AI
  • DKU adalah institusi bawah perlembagaan yang diketua oleh Tuanku Muhriz menurut Fasal 16, 17 dan 19 UUTKNS.
  • Kerajaan Negeri mengambil maklum pendirian Dato'-Dato' Undang Luak dan Tunku Besar Tampin mengenai kedudukan DKU dan Setiausaha DKU.
  • Jawatan Setiausaha DKU adalah lantikan Tuanku Muhriz dan disandang selama perkenan Baginda menurut Fasal 25 UUTKNS.
  • Mana-mana pihak selain Yang di-Pertuan Besar tidak berkuasa menggantung, menamatkan, menggantikan atau melantik Setiausaha DKU.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim menegaskan, berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS), DKU adalah sebuah institusi bawah perlembagaan yang diketuai Tuanku Muhriz berdasarkan Fasal 16, 17 dan 19 UUTKNS.

“Kerajaan Negeri mengambil maklum pendirian yang telah diambil oleh Dato’-Dato’ Undang Luak dan Tunku Besar Tampin berkenaan kedudukan DKU dan Setiausaha DKU yang dilantik.

“Justeru, sebarang persidangan atau mesyuarat yang diadakan tanpa mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, tidak boleh dianggap sebagai suatu persidangan DKU,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, Setiausaha DKU merupakan satu jawatan lantikan oleh Tuanku Muhriz sendiri dan akan memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Baginda mengikut Fasal 25 UUTKNS.

Sehubungan itu, Mohd Zafir menegaskan mana-mana pihak selain Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa untuk menggantung, menamatkan, menggantikan atau melantik mana-mana individu lain sebagai Setiausaha DKU.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.