Tayangan filem ‘Konspirasi’ ditamatkan atas permintaan penerbit

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Tayangan filem Konspirasi di seluruh pawagam negara telah ditamatkan pada 28 Mei atas permintaan penerbit filem berkenaan sendiri.

RINGKASAN BERITA AI
  • FINAS menerima maklumat mengenai hal tersebut daripada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) dan Media Prima.
  • Konspirasi mendapat kelulusan LPF dan Skim Wajib Tayang pada 14 Mei 2026; mula ditayangkan 21 Mei 2026 di 120 skrin.
  • FINAS menghubungi penerbit untuk penjelasan tetapi masih belum berjaya dihubungi; akan terus mendapatkan maklumat dan memaklumkan perkembangan.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu daripada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) serta Media Prima Berhad selaku pengedar filem yang berurusan dengan pihak pemamer (pawagam).

“Berdasarkan emel daripada pihak penerbit yang dikongsikan kepada FINAS, penerbit filem tersebut, Elepfilm Entertainment Sdn. Bhd., telah meminta supaya tayangan filem Konspirasi ditamatkan bermula pada tarikh berkenaan.

“Semakan FINAS dengan pengedar dan pemamer filem mendapati, penamatan tayangan tersebut adalah atas permintaan penerbit sendiri dan tidak melibatkansebarang arahan daripada mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu.

FINAS mengesahkan bahawa filem Konspirasi telah memperoleh kelulusan daripada Lembaga Penapis Filem (LPF) sebelum diberikan kelulusan bawah Skim Wajib Tayang pada 14 Mei 2026.

“Filem tersebut mula ditayangkan pada 21 Mei 2026 di 120 skrin pawagam seluruh negara. FINAS menghubungi penerbit bagi mendapatkan penjelasan dan maklumat lanjut berhubung keputusan penamatan tayangan tersebut,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan sama turut memaklumkan bahawa penerbit tersebut masih belum dapat dihubungi meskipun beberapa usaha telah dilakukan. FINAS akan terus mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkaitandanakanmemaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.