
JERLUN, 28 Mei- Parlimen Kuala Kedah menerima 20 ekor lembu sumbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
- Empat ekor lembu diagihkan kepada penduduk kurang berkemampuan di Ayer Hitam.
- Seekor lembu diperuntukkan kepada Kelab Media Elit Kedah sebagai penghargaan kepada pengamal media.
- Agihan daging korban melibatkan hampir 200 penduduk di 10 buah kampung.
- Daging dipek dan diserahkan melalui penghulu, termasuk kepada mereka uzur yang diwakili ketua kampung.
Selain itu, empat ekor lembu disalurkan kepada penduduk kurang berkemampuan di sekitar Ayer Hitam, Jerlun, manakala seekor lagi diperuntukkan kepada Kelab Media Elit Kedah (KMEK), menjadikan keseluruhan 25 ekor lembu disumbangkan.
Setiausaha Strategi, Komunikasi dan Penerangan STARKOM KEADILAN Kedah, Mohd Izwan Ibrahim berkata agihan daging korban di Ayer Hitam melibatkan hampir 200 penduduk di 10 buah kampung.
“Ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri yang sentiasa mengingati rakyat. Daging korban ini diagihkan kepada hampir 200 penduduk kurang berkemampuan di 10 buah kampung.
“Ia dipekkan dan diserahkan melalui penghulu, termasuk kepada mereka yang uzur yang diwakili ketua kampung,” katanya kepada pemberita di Ayer Hitam, di sini hari ini.
Sumbangan kepada KMEK pula diberikan sebagai penghargaan terhadap peranan pengamal media sempena Aidiladha tahun ini.