
BUKIT MERTAJAM, 23 April– Lebih 300,000 pelajar di seluruh negara menerima bantuan pendidikan daripada Yayasan Kita Anak Malaysia sejak lima tahun lepas.
- Yayasan memberikan bantuan tunai kepada pelajar cemerlang, pelajar kurang berkemampuan dan anak yatim bagi mengelakkan keciciran akademik.
- Bantuan diberikan kepada pelajar Straight A dan mahasiswa IPTA serta IPTS yang mencapai CGPA tertinggi.
- Program Jalinan Kasih Yayasan Kita Anak Malaysia dirasmikan oleh Exco Perumahan dan Alam Sekitar Datuk Seri S. Sundarajoo.
- Sebahagian penerima termasuk 35,000 pelajar dari Pulau Pinang.
Pengasas dan Pengerusi Yayasan Kita Anak Malaysia, H. Puvaniten berkata bantuan berupa tunai itu diberikan kepada pelajar cemerlang, golongan kurang berkemampuan dan anak yatim bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam akademik.
“Pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat Straight A dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tertinggi. Setiap tahun kita meraikan mereka dengan memberikan bantuan berupa tunai.
“Bukan sahaja kebajikan pelajar, malah warga emas dari keluarga daif dan asnaf turut kita santuni,”katanya.
Belia ditemui selepas Program Jalinan Kasih, Yayasan Kita Anak Malaysia yang dirasmikan oleh Exco Perumahan dan Alam Sekitar, Datuk Seri S. Sundarajoo di Bukit Mertajam.
Sementara itu, 35,000 pelajar daripada jumlah keseluruhan penerima merupakan pelajar dari Pulau Pinang.