
KUALA LUMPUR, 21 April- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara dan Putrajaya, serta tujuh negeri lain hingga 10.00 pagi ini.
RINGKASAN BERITA AI
- METMalaysia menyatakan Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim) dan Pahang (Bera, Rompin) terlibat.
- Beberapa daerah Selangor terjejas termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Sepang.
- Negeri Sembilan dan Melaka terlibat; Johor termasuk Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat; Sarawak pula meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Kapit.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Bera dan Rompin).
Turut terlibat Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Port Dickson, Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat).
Di Sarawak, kawasan terlibat meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Pusa dan Betong) serta Kapit (Song).