Empat kiosk pasar sayur di UTC Labuan terbakar

FOTO JBPM LABUAN

LABUAN, 14 Mac – Empat kiosk pasar sayur di Pasar Sentral, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Labuan terbakar dalam kejadian malam tadi, namun kebakaran berjaya dikawal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat Gerakan Operasi terima panggilan kecemasan pada pukul 11.15 malam; BBP Labuan Sentral dikerahkan ke lokasi.
  • Keluasan kebakaran dianggarkan kurang daripada 10 peratus.
  • Operasi pemadaman melibatkan 14 anggota bomba dan tiga jentera.
  • Tiada mangsa atau kecederaan; punca masih disiasat oleh Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM.

Pengarah JBPM Labuan, Abd Rahman Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.15 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labuan Sentral dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kebakaran itu melibatkan empat kiosk pasar sayur dengan keluasan kebakaran dianggarkan kurang daripada 10 peratus.

Operasi pemadaman melibatkan 14 anggota bomba bersama tiga jentera.

Tambah beliau, kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa atau kecederaan.

Kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 11.30 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 12.06 tengah malam.

Punca kebakaran masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM.