Kadar zakat fitrah di Johor RM8, RM10 dan RM20

Tiga kadar zakat fitrah di Johor berjumlah RM8, RM10 dan RM20. Foto/BERNAMA

JOHOR BAHRU, 5 Februari – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan tiga kadar zakat fitrah tahun ini, masing-masing RM8, RM10 dan RM20.

RINGKASAN BERITA AI
  • MAINJ tetapkan kadar berdasarkan berat satu gantang Baghdad (2.6 kg) mengikut gred beras.
  • Bayaran digalakkan awal; zakat diagihkan kepada ketua isi rumah fakir RM500, miskin RM400, tanggungan RM50.
  • Pembayaran melalui amil, kaunter MAINJ, Zakat Johor Online Payment dan Aplikasi Tulus; sasaran kutipan RM27.32 juta.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, penetapan dibuat berdasarkan harga beras mengikut gred pada timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.

Kadar RM8 adalah bagi beras tempatan, RM10 untuk beras import dan RM20 melibatkan beras import istimewa.

“Jadi kita mengharapkan bangsa Johor terus membuat bayaran awal agar kutipan dapat kita agihkan dengan manfaat daripada dengan zakat itu sendiri kita agihkan kepada Ketua Isi rumah Fakir RM500, miskin RM400 dan setiap tanggungan mereka RM50.

“Jadi memadai untuk kadar kutipan zakat dan kewajiban untuk rakyat asing di negeri kita adalah membayar menerusi amil dan juga aplikasi online yang kita sediakan,” katanya.

Pembayaran boleh dilakukan melalui perkhidmatan amil, kaunter zakat MAINJ atau secara atas talian menerusi platform Zakat Johor Online Payment dan Aplikasi Tulus.

Unjuran pungutan zakat fitrah tahun ini disasarkan sebanyak RM27.32 juta, melibatkan 2.29 juta umat Islam di seluruh Johor.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan