Mohd Kurniawan Naim angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat

Mohd Kurniawan Naim angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Januari – Ahli Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tahniah disampaikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas kemenangan PRK Kinabatangan.
  • Diharap dapat meneruskan legasi dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk kawasan.
  • Ajukan soalan pertama kepada Perdana Menteri mengenai kemasukan pelaburan ke kawasan luar bandar.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Tan Sri Johari dalam ucapan pemasyuran selepas majlis angkat sumpah itu mengucapkan tahniah kepada Mohd Kurniawan selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan pada Sabtu lepas.

Selain itu beliau berharap Mohd Kurniawan dapat meneruskan legasi dan jasa Allahyarham ayahanda dengan memberi sumbangan dan khidmat terbaik buat penduduk di kawasannya.

“Ahli berhormat juga mempunyai tanggungjawab untuk membuat undang-undang serta semak dan imbang terhadap badan eksekutif, saya berharap Yang Berhormat dapat melaksanakan tanggungjawab ini demi pembangunan rakyat dan negara.

“Saya menyeru pada Yang Berhormat dapat memberi sumbangan yang berfaedah dan bermakna kepada Dewan ini, semoga dapat berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang,” katanya di sini.

Mohd Kurniawan Naim turut mengajukan soalan pertama beliau di Dewan Rakyat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri mengenai potensi kemasukan pelaburan ke kawasan luar bandar termasuk di Parlimen Kinabatangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.