15 PATI warga Myanmar ditahan di Kota Bharu

FOTO PGA BRIGED TENGGARA

KOTA BHARU, 19 Januari – Seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas Salor, Kampung Kota di sini awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seramai 15 warga Myanmar ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas Salor, Kampung Kota, Kota Bharu.
  • Operasi dijalankan oleh Batalion 7 PGA sekitar pukul 4.00 pagi hasil maklumat risikan.
  • Mereka berusia 19 hingga 37 tahun dan ditahan kerana tiada dokumen perjalanan serta kemasukan sah.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Ahmad Radzi Hussain berkata menerusi Op Taring Wawasan Kelantan (OTWK), mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan dua wanita warga Myanmar.

“Dalam operasi kira-kira pukul 4.00 pagi, sepasukan anggota dari Batalion 7 PGA (BN7) bertindak hasil maklumat risikan yang diterima sebelum menyerbu lokasi berkenaan dan menahan kesemua individu terbabit.

“Kesemua PATI berusia antara 19 hingga 37 tahun itu didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan dan kemasukan sah ke negara ini, sekali gus membawa kepada penahanan mereka untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, manakala tangkapan telah dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi proses siasatan lanjut.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan