Polis minta bantuan orang ramai kesan lelaki hilang di Tangkak

Mohd Syazwan Othman, 39, kali terahir dilihat pada 18 Februari lepas

TANGKAK, 24 Februari- Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dilaporkan hilang selama enam hari sejak 18 Februari lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak polis memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki tempatan yang dilaporkan hilang sejak 18 Februari.
  • Nama mangsa Mohd Syazwan Othman, 39 tahun, terakhir dilihat keluar dari rumah di Taman Melati, Tangkak.
  • Ciri-ciri: tinggi 168 cm, berat 77 kg, bongkok, mata kecil, kulit kuning langsat, rambut hitam, menghidap skizofrenia.
  • Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta hubungi SM Mohd Ikram 012-325 8894 atau IPD Tangkak 06-978 1222.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata lelaki berusia 39 tahun dikenali sebagai Mohd Syazwan Othman itu kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di Taman Melati di sini.

Beliau berkata ciri-ciri lelaki itu adalah berketinggian 168 sentimeter (cm) dengan berat 77 kilogram (kg), selain bentuk badannya bongkok, bermata kecil, berkulit kuning langsat, rambut berwarna hitam dan menghidap skizofrenia.

“Kali terakhir dilihat, lelaki itu memakai seluar gelap dan berbaju biru muda. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu berkenaan boleh menghubungi Timbalan Ketua Polis Balai Polis Tangkak, SM Mohd Ikram Mohd Yusof di talian 012-325 8894.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-978 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.