
KUALA LUMPUR, 20 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada pelajar dan rakyat Malaysia atas kiriman kad ucapan Hari Raya Aidilfitri yang kreatif sempena sambutan perayaan yang disambut esok.
- Menerusi video hampir empat minit di Facebook, beliau membaca kiriman kad ucapan Aidilfitri.
- Menerima kad daripada Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya, murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Talang, dan Sekolah Dalam Hospital Selayang.
- Terharu dengan kad berwarna-warni hasil kreativiti anak-anak, ada lukisan dan kad yang siap berlampu.
- Setiap kad dianggap tanda ingatan tulus, kecil pada rupa tetapi besar maknanya, beliau mengucap terima kasih.
Menerusi hantaran video berdurasi hampir empat minit di Facebook, beliau turut menerima kad ucapan daripada Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya, Pahang, murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Talang, Negeri Sembilan dan Sekolah Dalam Hospital Selayang.
“Alhamdulillah, terharu betul saya bila terima pelbagai kad ucapan Aidilfitri yang penuh warna-warni hasil kreativiti anak-anak, ada yang lukis, ada yang siap berlampu memang kreatif habis!
“Setiap kad yang saya terima bukan sekadar ucapan, tetapi tanda ingatan yang tulus dan penuh kasih sayang. Kecil pada rupa, namun besar maknanya buat saya.
“Terima kasih yang tidak terhingga, semuanya amat saya hargai,” katanya.