Lonjakan harga minyak, rakyat diminta bersedia

 Foto fail

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Rakyat digesa untuk sentiasa bersedia menghadapi impak daripada lonjakan harga minyak mentah dunia susulan krisis di Asia Barat yang dijangka berlanjutan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan telah mengekalkan harga petrol RON95 dan diesel tertentu, menanggung subsidi lebih besar untuk melindungi rakyat.
  • Rakyat digalakkan mengamalkan penggunaan bahan api berhemah dan melaksanakan kerja lebih anjal termasuk bekerja dari rumah.
  • Sokong usaha kerajaan bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terus terjamin.

Pakar Geostrategi, Profesor Madya Dr Azmi Hassan, berkata kerajaan telah melakukan yang terbaik setakat ini bagi memastikan rakyat tidak terkesan daripada lonjakan harga minyak itu.

“Kerajaan telah melakukan yang terbaik dengan mengekalkan harga petrol RON95, manakala harga diesel di Sabah dan Sarawak kekal pada RM2.15 seliter. Bagaimanapun, subsidi yang ditanggung meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion sehingga kini.

“Langkah ini diambil bagi mengekalkan harga petrol dan diesel yang disubsidi bagi manfaat rakyat,” katanya ketika dihubungi RTM.

Tambahnya, rakyat juga digalakkan memainkan peranan dengan mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemah dengan melaksanakan kaedah kerja lebih anjal termasuk bekerja dari rumah, selain menyokong usaha kerajaan bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terus terjamin.