fb fb fb fb fb

Yusshazwan layak ke Paralimpik Paris

Facebook majlissukannegaramalaysia

KUALA LUMPUR, 18 Julai-Pemain tenis kerusi roda kebangsaan, Mohammad Yusshazwan Yusuf, bakal membuat penampilan sulung pada temasya yang bakal membuka tirai, 28 Ogos ini.

Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia, WTM memaklumkan, Yusshazwan menerima slot itu menerusi merit kerana menduduki ranking ke-30 dunia.

Hanya 32 pemain terbaik dalam ranking dunia Persekutuan Tenis Antarabangsa, ITF, layak bertanding secara merit di Paris.

Presiden WTM, Muhd ​​Iqbal Sulaiman berkata, ini adalah kali kedua pemain negara layak ke Paralimpik selepas Abu Samah Borhan membuat penampilan sulung di Tokyo 2020.

Abu Samah bergandingan dengan Yusszhawan untuk merangkul pingat perak beregu lelaki pada Sukan Para Asia Hangzhou 2022.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD