fb fb fb fb fb

Modric lanjut kontrak bersama Real Madrid sehingga 2025

Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric/ Foto REUTERS

MADRID, 18 Julai- Pemain tengah Croatia, Luka Modric menandatangani satu tahun kontrak lanjutan bersama Real Madrid menyaksikannya kekal dengan kelab tersebut sehingga 2025, kata kelab berkenaan pada Rabu.

Pemain berusia 38 tahun itu yang juga pemenang anugerah Ballon d'Or pada 2018 memenangi Liga Juara bersama Madrid sebanyak enam kali selain kejuaraan La Liga sebanyak empat kali.

Terdahulu, kontrak Modric telah berakhir pada musim lalu, namun dia memberitahu para penyokong bahawa dia akan kembali musim depan ketika meraikan kejayaan menjuarai Liga Juara-Juara yang sekali gus melebarkan rekod kemenangan Real Madrid kepada 15 kejuaraan.

Modric merupakan pemain yang paling banyak merangkul kejuaraan bersama Real Madrid dengan 26 kejuaraan sejak menyertai kelab gergasi Sepanyol itu pada 2012.

Pemain veteran berkenaan dijangka menggantungkan but bolanya selepas persaraan rakan sepasukannya iaitu Toni Kroos musim lalu.

Modric tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersara di peringkat antarabangsa selepas Croatia tersingkir awal dari kejohanan EURO 2024 baru-baru ini.

"Saya ingi bermain buat selama-lamanya.Namun akan tiba masanya saya harus menggantungkan but. Saya akan terus bermain, namun tidak tahu berapa lama lagi", kata Modric yang mempunyai 178 penampilan buat Croatia.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD