PARIS, 23 November- 400,000 keping tiket sempena Sukan Olimpik Paris 2024 akan mula dijual pada akhir bulan ini.
Ketua pegawai operasi, Michael Aloisio berkata pihaknya menyasarkan jualan 10 juta keping sebelum temasya itu dibuka.
Ujarnya, kira-kira 30,000 tiket yang tersedia pada 30 November adalah bagi acara olahraga manakala 24,000 lagi untuk acara tenis.
Sementara itu, tiket bagi upacara pembukaan termasuk perarakan perahu panjang di sungai Seine akan turut dijual dengan harga bermula 90 Euro hingga €2,700 Euro.
Temasya Paris 2024 sebelum ini mendapat kecaman beberapa pihak kerana harga tidak munasabah tiket bagi beberapa acara.- REUTERS