ROME, 19 Mei - Ketua jurulatih Torino FC, Ivan Juric berhasrat untuk meninggalkan kelab berkenaan selepas kontraknya tamat pada penghujung musim ini.
Ketua jurulatih berusia 48 tahun yang berasal dari Croatia itu, mengendalikan kelab berkenaan sejak 2021 dan telah membimbing kelab tersebut menduduki tangga ke-10 Serie A musim lalu.
Musim ini, Torino menduduki tangga ke-9 liga dengan berbaki satu perlawanan.
Torino masih berpeluang layak ke kejohanan Eropah musim depan susulan kemenangan 3-1 terhadap AC Milan pada Sabtu. Namun, ia tidak sedikit pun mengubah pendirian Juric terhadap keputusan meninggalkan Torino.
"Tidak. Ini bukan situasi yang tepat berada di sini (Torino). Saya mahukan lebih rasa kegembiraan di sini dan kegembiraan itu sudah tiada di sini", kata Juric kepada Sky Sports Italia.
"Anda cuba mengubah kebanyakan perkara, tetapi bila anda menyedarinya ia tidak berguna. Ia adalah sesuatu yang perlu kami cuba iaitu bermain di Eropah", tambah Juric.
Torino bakal menutup kempen Serie A pada 25 Mei depan dengan perlawanan terakhir menentang Atlanta.-REUTERS