fb fb fb fb fb

TFC II menangis di laman sendiri

KUALA TERENGGANU, 9 Mei- Pasukan Terengganu FC II gagal memanfaatkan kelebihan bemain di gelanggang sendiri apabila tumpas 0-1 kepada Pasukan Kelantan FC malam tadi.

Pada aksi tunggal Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah Kuala Terengganu itu, perlawanan yang berlangsung dalam hujan renyai menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi dalam keadaan berhati-hati.

Namun pada minit ke-29, pasukan bimbingan Ketua Jurulatih Rezal Zambery Yahya berjaya menembusi pertahanan TFC II menerusi Mior Dani Armin Mior Ariffen untuk Kelantan FC di depan 1-0.

Dalam keghairahan pasukan tuan rumah mencari gol penyamaan, mereka terpaksa berputih mata, apabila pertahanan import Argzim Redzovic dilayangkan kad merah oleh pengadil Mohammad Khairulsyahmi Ahmad Khalidi pada minit ke-36, kerana menjatuhkan Natanael Ringo.

Bagaimanapun pelawat gagal mengambil peluang menambahkan jaringan dengan tuan rumah yang hanya beraksi 10 pemain.

Kedudukan itu kekal hingga tamat permainan, TFC II kosong, Kelantan FC satu.


(Pasukan Kelantan FC meraikan jaringan yang dihasilkan oleh Mior Dani Armin Mior Ariffen)

Media Baharu