fb fb fb fb fb

Terbuka Jepun Masters: Perjuangan Malaysia berakhir

FOTO FB BAM

KUMAMOTO, 19 November- Perjuangan beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di kejohanan badminton Masters Jepun 2023 berakhir apabila tewas kepada pencabar dari China dalam saingan separuh akhir di Kumamoto Prefectural Gymnasium di sini.

Beregu profesional negara itu, bermula cemerlang apabila menguasai set pertama mengatasi pasangan Li Yu Chen-Ou Xuan Yi dengan 21-16.

Gandingan China yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh itu bagaimanapun bangkit pada set kedua 22-20 untuk mengheret ke perlawanan penentuan sebelum menyingkirkan Yew Sin-Ee Yi 21-17.

Ini merupakan kekalahan ketiga di separuh akhir pasangan negara selepas terkandas di separuh akhir Terbuka Switzerland (Mac) dan Terbuka Taiwan (Jun).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD