SERDANG, 24 Disember- Pemanah negara, Syaqiera Mashayikh kini beri tumpuan dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran Sukan SEA 2025.
Beliau bagaimanapun tidak meletakkan sebarang sasaran pingat pada temasya sukan itu nanti.
"Untuk sasaran Sukan SEA bagi saya pada acara berpasukan dan individu. Dengan potensi pasukan, saya lihat kami berpeluang untuk mengorak lebih jauh, mungkin ke sukan Olimpik, insya-Allah. Kami akan cuba membawa pulang pingat.
"Sebarang pingat. Tak kisah janji, podium.Kami pun taknak meletakkan sebarang sasaran, in sya-Allah pingat itu ada," kata Syaqiera kepada pemberita.
Beliau ditemui media selepas Majlis Apresiasi Kecemerlangan dan Penghargaan Atlet UPM 2024 di Universiti Putra Malaysia, di sini, malam tadi.
Jelasnya, selain aspek teknikal, kesediaan mental atlet menjadi faktor utama yang perlu diberi fokus dalam memastikan prestasi setiap atlet berada pada tahap terbaik pada setiap perlawanan.