fb fb fb fb fb

SUKMA 2022: Johor rangkul emas bagi acara memanah

NEGERI SEMBILAN, 21 September- Atlet memanah Johor, Nuraqilah Khairul berjaya merangkul pingat emas bagi kategori compaund 50 meter wanita dalam pusingan Olimpik perseorangan yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Atlet berusia 21 tahun itu berjaya menyamai rekod kebangsaan yang dilakukan pada Asia Cup 2018 dengan 15 batang anak panah dan mata 146.


(Atlet memanah Johor, Nuraqilah Khairul berjaya rangkul pingat emas) 

Bagi Nuraqilah kejayaan berkenaan bukan perkara yang mudah apabila mampu menyaingi atlet Pulau Pinang,Kayalvhily yang meraih pingat Perak dan Gangsa menjadi milik Pahang,Maizatul Amiera Natasha Mahadi.

"Cabaran saingan sangat tinggi sebab dia merupakan atlet 'Sea Game' dan dia satu kumpulan juga masa saya aug hari itu, jadi saya rasa kali ini ingin membuat sesuatulah demi negeri saya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau juga telah merangkul sebanyak 2 pingat emas dan 1 pingat perak dalam SUKMA edisi ke-20 ini.

Bagi kategori lelaki compound 50 meter kalah mati pingat emas bejaya menjadi milik atlet Terengganu,Muhammad Hazmi Aisar Azmi.

Kejayaan itu selepas berjaya menundukan lawan sepasukannya,Muhammad Ammar Mohammad Amin dengan mata 144.

Manakala gangsa menjadi milik atlet Sabah,Adriel Gabriel Liew.

Esok merupakan hari terakhir bagi acara memanah bagi kategori 70 meter recurve lelaki dan wanita.

Media Baharu