HANOI, 7 Mei - Rembatan pemain gantian Nur Azfar Fikri Azha pada minit ke 93 memberikan kemenangan berharga buat Harimau Muda dalam kempen saingan Kumpulan B Sukan Sea Hanoi 2022 dengan menewaskan Thailand 2-1.
Juara Piala AFF Suzuki, Thailand bermula garang dengan melakukan serangan berbahaya pada minit ke 8 dan 10, namun berjaya di nafikan penjaga gol Malaysia, Azri Abd Ghani.
Pada minit ke 23, penyerang muda negara Luqman Hakim hampir menjaringkan gol penyamaan kepada Malaysia namun berjaya di nafikan penjaga gol Thailand Kawin.
10 minit berselang, gawang Malaysia akhir bolos untuk Thailand di depan 1-0 hasil rembatan Patrik Gustavsso yang berjaya menewaskan dua pertahan Malaysia.
(Luqman Hakim Shamsuddin diasak pemain Thailand)
Tersentak dengan itu Malaysia menggandakan asakan sehingga memaksa Last Man Gajah Perang, Jonathan Khemdee di layangkan kad merah selepas menarik Shahir Bashah.
Bersambung babak kedua, Malaysia menguasai perlawanan selepas Tahiland terpaksa bermain dengan sepuluh orang.
Peluang keemasan tersebut tidak di sia-siakan, apabila Malaysia menyamakan kedudukan 1 sama minit ke 61 jaringan Daniel Asri selepas menerima hantaran lintang Mukhairi Ajmal.
Tidak terhenti di situ, Harimau Muda terus garang merobek pertahanan lawan yang akhirnya terpaksa mengalah apabila pemain gantian Nur Azfar Fikri Azha merembat kencang sebelum terkena pertahan Thailand yang kemudian masuk ke gawang gol menjadikan keputusan Malaysia 2 Thailand 1.
Malaysia kini berada di tangga pertama Kumpulan B dengan 3 Mata.