fb fb fb fb fb

Sukan Komanwel Birmingham 2022: Kerajaan Johor komited sediakan ganjaran kepada atlet negeri

(Sukan Komanwel Birmingham 2022 di England bakal bermula 28 Julai ini)

JOHOR BAHRU, 9 Julai- Kerajaan Johor sedang berusaha menyediakan ganjaran kepada atlit negeri yang berjaya menyumbang pingat dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 di England, yang akan bermula 28 Julai ini.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Hairi Md Shah berkata, 16 atlit Johor akan mewakili negara dalam enam acara dalam temasya tersebut.

Ini melibatkan acara ragbi, angkat berat, berbasikal, olahraga, dan ping pong, selain tiga orang atlit akan beraksi dalam sukan tumpuan, badminton.

Hairi juga dijangka akan berada di Birmingham pada temasya tersebut, bagi memberikan sokongan dan peransang, kepada barisan atlit Johor yang bertanding.

(Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah)

"Semua sedia maklum bahawa YAB Menteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi), sentiasa menyokong perkembangan sukan terutama yang melibatkan atlet Johor,

"Bahkan baru-baru ini beberapa atlit yang mengharumkan nama negeri yang memenangi pingat di luar negara diberikan imbuhan yang lumayan," katanya selepas merasmikan Piala Paragon Badminton 2022 di Johor Bahru.

Dalam pada itu, Mohd Hairi turut memberitahu, pihaknya menyasarkan 40 pingat emas bagi kontinjen Johor, menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Kuala Lumpur, September ini.

Media Baharu