fb fb fb fb fb

Sukan berbasikal: Vingegaard semakin hampir rangkul gelaran juara kali pertama

Foto Reuters

PERANCIS, 25 Julai - Pelumba Jumbo-Visma, Jonas Vingegaard semakin hampir merangkul gelaran sulungnya dalam perlumbaan Tour de France apabila mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu keseluruhan selepas berakhirnya saingan ujian masa semalam.

Pada peringkat ke-20 itu, Vingegaard menamatkan saingan sejauh 40.7 kilometer di tempat kedua, di belakang rakan sepasukan, Wout van Aert yang muncul juara dengan catatan terpantas 47 minit 59 saat.


(FOTO REUTERS)

Pelumba Denmark berusia 25 tahun itu ketinggalan 19 saat di belakang Van Aert, manakala juara bertahan, Tadej Pogacar (POGA-CHAR) ketiga dengan perbezaan 27 saat.

Secara keseluruhannya, Vingegaard masih mendahului POGA-CHAR dengan kelebihan 3 minit 34 saat.

Pelumba Britain, Geraint Thomas pula di tempat ketiga dengan ketinggalan lebih 8 minit.

Peringkat terakhir Tour de France akan berlangsung lewat malam tadi bermula dari La Defense sehingga ke Champs Elysees di Paris. -REUTERS

Media Baharu