fb fb fb fb fb

Skuad gimrama WiPers rangkul 7 emas

BUKIT JALIL, 23 September - Dominasi kontinjen Wilayah Persekutuan (WiPers) dalam Sukan Gimrama jelas sukar digugat selepas menyapu bersih tujuh pingat yang dipertandingkan pada SUKMA ke-20 kali ini.

Selepas cemerlang dengan dua pingat emas dalam acara berpasukan, kecermelangan skuad gimrama WiPers diteruskan dalama acara individu.

Sebanyak empat apparatus dipertandingkan iaitu gelung, bola, belantan dan riben.

Lezane Tan Li Hwe berjaya menghadiahkan dua emas bagi appratus bola dan gelung.

Manakala Valerie Ng Zi Yi menguasai appratus belantan dan riben.

Pengurus pasukan gimrama WiPers , Clarissa Lee amat berpuas hati selepas anak buahnya yang terdiri daripada muka baharu berumur 12 hingga 15 tahun itu pamer prestasi mengagumkan.

(Clarissa Lee ketika ditemui media)

"Ini di luar jangkaan kami, kerana disebabkan COVID-19 yang melanda selama dua tahun lalu, kami tidak dapat berlatih dengan kerap, namun mereka berjaya, mereka berlatih dengan gigih dan berusaha untuk dapatkan emas," kata Clarissa Lee di sini.

WiPers muncul juara keseluruhan dalam sukan Gimrama dengan 7 emas, 4 Perak dengan keseluruhan 11 pingat.

Media Baharu