fb fb fb fb fb

Skuad bola sepak negara tewas 1-2 kepada Thailand dalam aksi final AUG

UBON RATCHATHANI, 6 Ogos- Skuad bola sepak negara gagal membawa pulang pingat emas pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) selepas tewas 1-2 menentang Thailand pada aksi final.

Keputusan itu mengulangi pencapaian perak yang diraih skuad negara pada edisi 2008.

Pada aksi final yang berlangsung di Kampus Induk UBRU itu, tuan rumah selesa mendahului 0-2 pada babak pertama.

Gol berkenaan dijaringkan Chanmuti Kantinan pada minit ke-23 dan minit ke-45.

Walaupun skuad negara berjaya merapatkan kedudukan 1-2 pada minit ke-78 menerusi jaringan Mohamad Syahir Abdul Rahman, keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

(Skuad bola sepak negara tewas 1-2 kepada Thailand dalam aksi final di Kampus Induk UBRU)

Bagaimanapun, ketua jurulatih, Ridzuan Abu Shah tetap berbangga dengan prestasi anak-anak buahnya yang merupakan penuntut dari institusi pengajian tinggi (IPT).

"Pemain-pemain datang dengan keyakinan, bila kita buat tanpa tukaran, kita cuba cari gol, kita cuba memenangi permainan dan kita mendapat gol pada minit-minit terakhir," katanya selepas tamat perlawanan.

Media Baharu