MILAN, 30 Oktober- Napoli mengungguli carta liga Serie A dengan kelebihan tujuh mata selepas merekodkan kemenangan 2-0 berdepan AC Milan pada Selasa.
Skuad Antonio Conte yang bangkit melengkapkan perlawanan di dalam separuh masa pertama, hasil jaringan awal Romelu Lukaku dan jaringan sensasi, Khvicha Kvaratskhelia.
Napoli mendahului dengan 25 mata, manakala Inter Milan dengan 18 mata tetapi berpeluang mengurangkan jurang apabila mereka melawat Empoli, hari ini.
Kekalahan ketiga dalam kempen itu menyebabkan AC Milan di tempat kelapan, 11 mata di belakang pendahulu.
Penyerang Belgium, Lukaku menjaringkan gol keempatnya musim ini sejak menyertai juara Itali 2023 itu pada musim panas, apabila memecah kebuntuan pada lima minit pertama.
Dia meluru ke arah hantaran dari Frank Anguissa, menahan pemain pertahanan dan melepasi dengan tenang Mike Maignan di gawang AC Milan.
Penjaga gol Napoli, Alex Meret menepis dua percubaan AC Milan pada setengah jam yang pertama, demi meletakkan pasukannya di depan.
Menghampiri tamat separuh masa pertama, pemain sayap Georgia, Kvaratskhelia menggandakan kelebihan pasukan pelawat.
Mengambil bola di sayap kiri, dia mengemudi secara tiba-tiba ke arah kotak penalti dan melepaskan rembatan dari jarak jauh ke sisi tiang untuk menewaskan Maignan.
Penyerang AC Milan, Alvaro Morata cuba untuk menghidupkan kembali peluang pasukan menerusi tandukan yang padu.
Bagaimanapun, selepas semakan VAR, Morata disahkan ofsaid dalam mencipta gol dan ia tidak dibenarkan.
Keputusan kekal 2-0 hingga wisel penamat.- AFP