fb fb fb fb fb

Sekadar seri, debut pertama Van Persie bersama Feyenoord hambar

Ketua jurulatih baharu Feyenoord, Robin Van Persie / Foto REUTERS

ROTTERDAM, Belanda, 2 Mac – Robin van Persie memulakan tugasnya sebagai ketua jurulatih Feyenoord dengan keputusan yang kurang memuaskan selepas pasukannya diikat tanpa jaringan oleh NEC Nijmegen dalam aksi Eredivisie pada Sabtu.

Van Persie dilantik sebagai jurulatih baharu Feyenoord minggu lalu selepas pemecatan jurulatih dari Denmark, Brian Priske, bulan lalu.

Bekas penyerang berusia 41 tahun itu, yang memulakan dan menamatkan kariernya di Feyenoord, menerima sambutan hangat di De Kuip.

Sebelum ini, Van Persie pernah menjadi jurulatih pasukan remaja Feyenoord sehingga penghujung musim lalu sebelum meninggalkan kelab tersebut untuk pengalaman pertamanya sebagai ketua jurulatih di Heerenveen.

Feyenoord membayar pampasan untuk membawa pulang Van Persie, yang pernah bermain untuk Arsenal dan Manchester United, serta menjaringkan rekod 50 gol dalam 102 penampilan bersama pasukan kebangsaan Belanda.

Keputusan seri berkenaan menyaksikan Feyenoord kekal di tangga keempat liga, sekali gus terlepas peluang untuk memintas Utrecht dan menduduki tempat ketiga.

Keputusan di Rotterdam itu hadir selepas juara bertahan PSV Eindhoven tewas kepada Go Ahead Eagles pada hari yang sama, yang membuka peluang untuk Ajax Amsterdam melebarkan jurang lapan mata di puncak liga sekiranya mereka menang ke atas Almere City pada Ahad.

Van Persie dan Feyenoord kini mengalihkan fokus mereka kepada aksi Liga Juara-Juara, menyaksikan mereka bakal berdepan gergasi Itali, Inter Milan, dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan di De Kuip pada hari Rabu.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD