fb fb fb fb fb

Rosman kembali ke BAM

Pengarah Kejurulatihan BAM Rexy Mainaky (kiri), Rosman Razak (kanan) /Foto BAM

KUALA LUMPUR, 23 Oktober-Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pelantikan Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita negara.

BAM memaklumkan jurulatih berusia 48 tahun itu akan memulakan tugas di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara 5 November depan.

Menerusi kenyataan, Pengarah Kejurulatihan BAM Rexy Mainaky berkata pengalaman Rosman bersama skuad kebangsaan akan memainkan peranan penting dalam memacu pasukan beregu wanita ke tahap lebih tinggi.

Rosman yang mempunyai pengalaman hampir dua dekad membimbing pemain beregu akan bekerjasama dengan Rexy, jurulatih skuad senior Ching Kai Feng dan jurulatih remaja Amelia Anscelly.

Sebelum ini, Rosman yang kontrak bersama BAM tidak diperbaharui pada 2020, kemudiannya berhijrah ke Filipina dan sedang melatih beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD