MANCHESTER, 29 Oktober- Pengurus Manchester United, Erik ten Hag percaya Cristiano Ronaldo masih mampu menjaringkan lebih 20 gol semusim walaupun mengehadkan minit permainan pemain berusia 37 tahun itu pada musim ini.
Ronaldo digugurkan daripada skuad United kerana seri 1-1 di Chelsea hujung minggu lalu selepas enggan masuk sebagai pemain gantian empat hari sebelum ini dalam kemenangan 2-0 ke atas Tottenham.
Persembahan menentang Spurs dipuji sebagai yang terbaik dibawah pemerintahan Ten Hag setakat ini dan bukti lanjut bahawa United adalah pasukan yang lebih baik tanpa kehadiran pemenang Ballon d'Or lima kali itu.
Walau bagaimanapun, Ronaldo kembali menjaringkan gol ke dalam kesebelasan utama untuk kemenangan 3-0 Liga Europa ke atas Sheriff Tiraspol pada Khamis.
Pemain Portugal itu kini mempunyai tiga gol dalam 13 penampilan dalam semua pertandingan musim ini namun Ten Hag tidak menolak kemungkinan dia mampu menyamai jaringannya pada musim lalu iaitu sebanyak 24 gol.
"Terpulang pada dia tetapi saya fikir apabila anda mengumpul semua peluang yang dia cipta, pasukan mencipta untuknya pada minggu-minggu lepas, anda lihat dia masih mampu untuk berada di kedudukan yang betul dan saya tahu dia masih mampu menamatkannya," kata Ten Hag.
(Pengurus Manchester United, Erik ten Hag/REUTERS)
Ronaldo hanya membuat dua penampilan Liga Perdana di bawah Ten Hag manakala sebahagian besar minitnya datang menerusi Liga Europa.
Bekas bos Ajax itu menolak cadangan dia menggunakan pertandingan peringkat kedua Eropah sebagai cara untuk memberi Ronaldo masa di atas padang yang dia dambakan.-AFP