PARIS, 28 Oktober - Bintang United, Cristiano Ronaldo kembali mencetak gol buat skuad The Red Devils ketika berdepan Sheriff Tiraspol dalam Liga Europa awal pagi tadi.
Skuad kendalian Erik Ten Hag itu mempamer aksi menakjubkan dengan menyumbat 3 gol berbalas 0 sehingga tamat permainan.
Ronaldo pada awal permainan dilihat sedikit tertekan susulan gagal menemui penyudah tepat menerusi hantaran rakan sepasukan.
Bagaimanapun, bintang kontroversi itu berjaya memperoleh jaringan sembilan minit sebelum perlawanan tamat.
Dua lagi jaringan disumbang Diogo Dalot dan Marcus Rashford masing-masing pada minit ke-43 dan minit ke-64 sekali gus meningkatkan moral pemain.
Pengurusnya, Ten Hag, sebelum ini meninggalkan penyerang Portugal itu daripada skuad United untuk undian bertemu Chelsea Sabtu lalu dan kembali menyertai latihan skuad utama minggu ini.
(FOTO AFP)
"Melihat Ronaldo mendapat golnya adalah hebat," kata ten Hag dari Belanda kepada BT Sport.
“Dia mencipta, pasukan mencipta untuknya dan kami tahu dia mempunyai keupayaan untuk menamatkan.
“Dia memerlukan satu gol dan kini saya yakin akan ada lebih banyak gol,” tambahnya.
Ronaldo, 37, turut meraih gol ke-701 dalam karier kelabnya sekali gus memastikan tiga mata buat pasukan.
Manchester United kini berada di tangga ke-6, satu mata dibelakang Chelsea dan Newcastle United.-AFP