fb fb fb fb fb

Ronaldo, Joao Felix bantu Al Nassr lakar kemenangan ke-10 berturut-turut

Joao Felix (kiri) dan Cristiano Ronaldo (kanan)/REUTERS

RIYADH, 28 Disember- Bintang Al Nassr, Cristiano Ronaldo meledak dua gol untuk membantu pasukannya meneruskan permulaan sempurna dalam Liga Pro Arab Saudi selepas mencatat kemenangan ke-10 berturut-turut, pada Sabtu malam (27 Disember).

Aksi yang berlangsung di Al-Awwal Park, Riyadh itu menyaksikan Al Nassr membenam Al Akhdoud 3-0.

Ronaldo menjaringkan kedua-dua gol pada babak pertama, sekali gus merekodkan gol ke-955 dan 956 sepanjang karier profesionalnya.

Kapten Portugal itu hampir melengkapkan hatrik selepas rehat, namun jaringan tersebut dibatalkan selepas semakan VAR mengesahkan kedudukan ofsaid.

Rakan sepasukan Ronaldo dari Portugal, Joao Felix, menambah gol ketiga Al Nassr pada masa kecederaan untuk mengesahkan kemenangan pasukan tuan rumah.

Dengan keputusan itu, Al Nassr kekal di puncak liga dengan 30 mata hasil daripada 10 perlawanan, empat mata di hadapan pencabar terdekat, Al Hilal. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM