BANGKOK, 9 Mei - Skuad wanita negara tersingkir daripada saingan Piala Uber selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi kumpulan C yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok, sebentar tadi.
Skuad wanita negara gagal mencetuskan kebangkitan apabila kecundang di tangan Thailand 4-1, selepas tewas 2-3 kepada Denmark semalam.
Aksi pertama wakil negara, juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei hampir mencipta kejutan ke atas bekas juara dunia, Ratchanok Intanon sebelum akur dengan kekalahan 21-14, 14-21, 15-21.
Bangkit menyamakan kedudukan apabila beregu wanita, Pearly Tan-M.Thinaah mengatasi gandingan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai,16-21, 21-19, 21-17.
Namun, Thailand kembali mendahului menerusi kemenangan perseorangan kedua mereka, Pornpawee Chochuwong yang menewaskan pemain muda negara, Myisha Khairul, 22-20, 21-10.
(Aksi pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei menentang pemain Thailand, Ratchanok Intanon)
Beregu kedua tuan rumah, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard memastikan kemenangan awal pasukan itu selepas menundukkan pasangan negara Valeriee Siow-Teoh Mei Xing, 21-9, 21-14.
Aksi perseorangan ketiga menyaksikan Busanan Ongbamrungphan menang ke atas pemain negara, Tan Zhing Yi, 21-19, 21-6.
Keputusan ini juga menyaksikan peluang Malaysia untuk layak ke suku akhir telah pun berakhir.
Aksi terakhir skuad negara bertemu Mesir, malam esok, sekadar pelengkap jadual.