fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2026: Jepun jadi pasukan pertama layak

Pemain Jepun, Takefusa Kubo meraikan jaringan kedua bersama-sama rakan sepasukannya / Foto REUTERS

HONG KONG, 21 Mac-Jepun menjadi pasukan pertama yang layak ke Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Bahrain 2-0 pada saingan aksi Kumpulan C.

Pada perlawanan yang berlangsung di Saitama itu, pasukan 'Samurai biru' berjaya mendapatkan gol hasil jaringan Daichi Kamada dan Takefusa Kubo pada separuh masa kedua.

Kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Dunia itu menjadi penampilan kelapan berturut-turut buat Jepun.

Sementara itu, Australia turut mencerahkan peluang untuk mara ke Piala Dunia 2026 selepas membelasah Indonesia 5-1.

Dua gol daripada Jackson Irvine serta jaringan Martin Boyle, Nishan Velupillay, dan Lewis Miller memastikan Australia meraih tiga mata penuh untuk berada di tangga kedua kumpulan C.

Jepun kini mendahului dengan 19 mata, diikuti Australia di tempat kedua dengan 10 mata, satu mata di hadapan Arab Saudi dan empat mata di hadapan Indonesia, Bahrain, serta China.

Dua pasukan teratas akan terus ke Amerika Utara, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat dalam tiga kumpulan Asia perlu melalui pusingan kelayakan tambahan.-AFP.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD