fb fb fb fb fb

Piala Asia B-23: Indonesia mara ke separuh akhir

Foto /www.the-afc.com

JAKARTA, 26 April -Skuad Bawah 23 tahun Indonesia mencipta sejarah mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan Korea Selatan di suku akhir menerusi penentuan sepakan penalti 11-10 sekali gus hanya selangkah dari Olimpik Paris 2024.

Kemenangan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti sekepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat permainan.

Pada perlawanan tersebut, Indonesia terlebih dahulu berada di depan apabila Rafael Struick menjaringkan gol pada minit ke-15.

Korea Selatan yang dianggap sebagai pasukan pilihan bagi memenangi kejohanan menyamakan kedudukan apabila pemain pertahanan Indonesia, Komang Teguh tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-45.

Berbaki tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama,Struick menjaringkan gol kedua bagi menjadikan 2-1.

Bersambung babak kedua, Korea Selatan berjaya menyamakan kedudukan bagi mengikat 2-2 pada minit ke-84 menerusi Jeong Sang-Bin.

Kedudukan 2-2 kekal sehingga masa tambahan dan menyebabkan keputusan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Pratama Arhan menjadi wira Indonesia apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti sekali gus membawa Indonesia ke separuh akhir kejohanan.

Tewas di tangan Indonesia menjadikan Korea Selatan gagal menempah tiket ke Olimpik buat kali pertama sejak 1980.

Hanya tiga pasukan akan layak bertanding di Olimpik Paris, sementara pasukan keempat terpaksa bermain 'Playoff' menentang Guinea Mei ini.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD