LIVERPOOL, 8 November-Pengurus Liverpool, Arnie Slot tidak terkejut dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya musim ini.
Pengurus berbangsa Belanda itu berkata dia menyedari kekuatan yang dimiliki kelab berkenaan selepas tiba untuk menggantikan bekas pengurus, Jurgen Kloop.
"Saya berasakan perkataan terkejut itu bukan sesuatu frasa sesuai digunakan memandangkan saya mengetahui kualiti yang dimiliki oleh pasukan (Liverpool) ini.
"Kualiti para pemain adalah satu perkara. Perkara lain adalah konsisten.
"Saya tidak terkejut kerana sudah melihat usaha yang dicurahkan oleh para pemain ketika latihan setiap hari", katanya.
"Kadang-kala menang merupakan nasib. Kebanyakannya adalah yang sewajarnya pasukan peroleh", katanya demikian kepada pemberita pada Jumaat.
Sementara itu, Slots turut memuji impak yang dihadirkan oleh pemainnya, Curtis Jones yang tampil cemerlang bergandingan dengan Luis Diaz pada aksi Liga Juara Eropah menentang Bayer Leverkusen Selasa lalu.
Menurut Slots, Jones menampilkan aksi memukau sejak kelahiran anak perempuannya baru-baru ini.
"Dia mempunyai kualiti ketika mengawal bola, dia tidak pernah takut untuk melakukan sesuatu yang istimewa,” tambah Slots.
“Kadang-kadang dia agak terlalu yakin, tetapi keyakinan itu penting", katanya.
Liverpool telah memenangi 14 daripada 16 perlawanan dalam semua pertandingan sejak Slots mengambil alih kelab berkenaan.
Kelab itu kini memimpin kedudukan Liga Perdana Inggeris dan dipisahkan dua mata dengan juara bertahan, Manchester City.
Liverpool bakal menjadi tuan rumah menentang Aston Villa, Sabtu ini.-REUTERS