fb fb fb fb fb

Pengendali Phoenix Suns dinobat jurulatih terbaik NBA

NEW YORK, 5 Mei- Ketua jurulatih Phoenix Suns, Monty Williams dinamakan sebagai jurulatih terbaik NBA pada hari Isnin selepas membimbing Arizona melalui kempen 64 kemenangan dan mendahului liga.

NBA dalam satu kenyataan berkata, Williams memenangi trofi Red Auerbach selepas menewaskan ketua jurulatih Memphis Grizzlies Taylor Jenkins dan bos Miami Heat, Erik Spoelstra.

Ia adalah kali pertama Williams yang berusia 50 tahun menerima anugerah itu.

Williams adalah jurulatih Phoenix ketiga yang memenangi jurulatih terbaik selepas Cotton Fitzsimmons (1988-89) dan Mike D'Antoni (2004-05).

Dalam undian oleh 100 wartawan dan penyiar sukan, Williams menerima 458 mata selepas menerima 81 undian tempat pertama.

Ketua jurulatih Memphis Jenkins di tempat kedua dengan 270 mata (17 undian tempat pertama) manakala Spoelstra dari Miami di tempat ketiga dengan 72 mata (satu undian tempat pertama).

Jurulatih dianugerahkan lima mata untuk setiap undian tempat pertama, tiga mata untuk setiap undian tempat kedua dan satu mata untuk setiap undian tempat ketiga.

The Suns dilihat mempamerkan aksi cemerlang dibawah pimpinan Williams, yang mengambil alih pada 2019 selepas semusim sebagai pembantu di Philadelphia 76ers.



FOTO AFP

Media Baharu