fb fb fb fb fb

Pandelela-Dhabitah mahu pamer aksi cemerlang di Hanoi

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong tidak memandang mudah cabaran yang akan dihadapi pada acara 10 meter platform seirama wanita Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi.

Meskipun mempunyai persefahaman yang baik bersama rakan penerjun Nur Dhabitah Sabri, beliau berkata teknik terjunan masing-masing perlulah terus digilap.

Jelasnya, teknik individu perlu diperbaiki bagi memastikan mereka dapat mempamerkan aksi yang cemerlang dalam acara berkenaan.

Acara sukan terjun dijadualkan berlangsung mulai esok hingga 11 Mei di Pusat Akuatik Mỹ Đình.

Sementara itu, Nur Dhabitah menyifatkan gandingannya bersama Datuk Pandelela bukanlah sesuatu yang baharu. 

Mereka pernah beraksi bersama untuk beberapa kali.

Sebelum ini, gandingan Datuk Pandelela dan Nur Dhabitah pernah memenangi pingat gangsa pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow 2014, Scotland dan pingat perak pada Siri Terjun Dunia FINA keempat di Windsor, Kanada pada 2017. 


(GAMBAR FAIL)

Media Baharu