NAIROBI, 15 Julai- Lelaki terpantas Afrika, Ferdinand Omanyala akhirnya memperoleh visa saat akhir untuk ke Amerika Syarikat bagi menyertai Kejohanan Olahraga Dunia walaupun dia perlu memulakan perlumbaan acara pecut 100 meter hanya beberapa jam selepas tiba.
Antara atlet Afrika yang turut berhadapan masalah visa adalah pelari 400 meter Jamaica, Gregory Prince dan
pelari pecut Gift Leotlel.
Penganjur kejohanan, Oregon22 dan World Athletics, berkata mereka sedang berusaha untuk membuat susulan permohonan visa dan majoritinya telah berjaya diselesaikan.
"Kami terus membuat susulan dengan isu visa tertunggak itu," kata mereka dalam satu kenyataan, sambil menyatakan bahawa perjalanan antarabangsa menjadi lebih mencabar akibat pandemik COVID-19.
(Ferdinand Omanyala/REUTERS)
Pusingan awal acara 100 meter lelaki bermula hari ini di Eugene.
Omanyala,lelaki ketiga terpantas di dunia musim ini akan berehat beberapa jam sahaja selepas ketibaan sebelum berlari.
“Dia akan mempunyai beberapa jam untuk berehat sebelum beraksi dalam saringan 100m, dan diharapkan layak ke separuh akhir dan perlumbaan akhir,” kata jurulatih Omanyala, Duncan Ayiemba kepada AFP.
Pasukan Kenya sepatutnya berlepas ke Amerika Syarikat dalam dua kumpulan pada hari Isnin dan Selasa, tetapi Omanyala adalah salah seorang daripada beberapa ahli yang tidak menerima visa tepat pada masanya. -AFP