fb fb fb fb fb

Nurul Izzah mampu jadi pelumba bertaraf dunia-Beasley

Pelumba berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Mac- Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri diyakini mampu menjadi pelumba bertaraf dunia.

Keyakinan itu disuarakan ketua jurulatih berbasikal trek negara John Beasley.

Menurut jurulatih tersebut, pelumba berkenaan mampu mempamerkan potensi tersendiri apabila memasuki usia pertengahan dua puluhan.

Dalam masa sama beliau turut berharap pelumba itu menampilkan persembahan menakjubkan pada masa hadapan.

Bulan lepas anak kelahiran Sungai Petani itu melakar pencapaian hebat apabila muncul juara keirin wanita dan menamatkan kemarau emas Malaysia selama 12 tahun pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD