KUALA LUMPUR, 16 Oktober - Dua pemain muda dari Tunas Bestari Golf Academy (TBGA), Nur Diana Syafiqah Abdullah dan Nur Batrisyia Balqis Abdul Ghani, mencipta sejarah apabila terpilih mewakili Malaysia ke Asian Youth Games 2025 di Bahrain dari 22 hingga 31 Oktober ini.
Daripada lima atlet golf yang dipilih ke temasya tersebut, dua daripadanya berasal dari TBGA.
Ini satu pengiktirafan besar terhadap komitmen akademi itu dalam melahirkan pemain berpotensi antarabangsa, khususnya dalam kalangan wanita.
Pengarah Program TBGA, Coach Fergal McGeown berkata, kejayaan mereka adalah hasil latihan intensif, disiplin tinggi serta komitmen luar biasa sejak menyertai akademi.
Katanya, pemilihan itu membuktikan bakat wanita dalam golf negara semakin menyerlah dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
