KUALA LUMPUR, 9 Februari- Penyerang berbisa, Rozaimi Rahman kini sah kembali menyertai pasukan lamanya, Sabah FC untuk saingan Liga Malaysia musim ini.
Perkara tersebut dimaklumkan Pengarah Sabah FC, Mohd Joh Wid.
Pemain berusia 32 tahun itu sebelum ini hanya beraksi untuk pasukan Liga M4, Machan FC.
Menurut Mohd Joh Wid, pemain itu dipanggil semula kerana pengalaman luas dimiliki selain menjadi ikon yang dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pemain-pemain muda.
Dalam pada itu, Sabah FC turut mengumumkan Johnny Dominicus sebagai ketua jurulatih baharu bersama-sama Vun Kit Ming @ Billyton dan Razlan Oto yang masing-masing dilantik sebagai pembantu jurulatih Sabah FC bawah 23 tahun.
Dalam pada itu, skuad Sabah FC bawah 23 tahun merupakan skuad transisi bagi memilih komposisi pemain-pemain lokal seperti yang diingini majoriti penyokong-penyokong tempatan.