LONDON, 14 Jun- Pertarungan kedua Conor McGregor dengan Michael Chandler yang dijadual berlangsung pada 29 Jun ini, telah dibatalkan.
Pertarungan UFC 303 yang berbaki 14 hari lagi digugurkan daripada jadual, kerana kecederaan yang dialami bintang UFC dari Ireland itu.
McGregor, 35, telah lama tidak beraksi di arena sejak kakinya patah ketika kekalahan pada Julai 2021 kepada Dustin Poirier.
"Conor McGregor tarik diri daripada pertarungan 303 melawan Michael Chandler dengan sebab kecederaan," umum ketua eksekutif UFC, Dana White dalam video yang disiarkan di X.
Sementara itu, juara kelas 'lightweight', Alex Pereira akan mempertahankan tali pinggangnya menentang Jiri Prochazka dalam acara utama baharu.
McGregor adalah salah satu bintang besar dalam sejarah seni mempertahankan diri campuran Ultimate Fighting Championship (UFC), yang dahulunya memegang gelaran 'featherweight' dan 'lightweight'.
Dia menjadi tajuk utama pada November apabila dia menghantar beberapa siaran media sosial semasa pergolakan di Ireland, mengkritik dasar imigresen kerajaan.- AFP