fb fb fb fb fb

Liga Super: Sabah bangkit kutip tiga mata tewaskan Penang FC

(Foto Instagram Malaysian Football League)

KOTA KINABALU, 8 Oktober- Pasukan Sabah FC berjaya bangkit selepas gagal meraih sebarang kemenangan dalam empat perlawanan sebelum ini dengan kemenangan bergaya ke atas Penang FC 4-1 di Stadium Likas, malam tadi.

Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, gembira kerana anak buahnya menunjukkan permainan positif terutama selepas Penang FC menyamakan kedudukan 1-1, menaikkan semangat pemain tuan rumah menambah tiga lagi gol untuk mengutip tiga mata penuh.


(Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee)

Beliau berharap kemenangan itu menyuntik semangat para pemain untuk terus menunjukkan disiplin dan tidak mengambil mudah dua perlawanan terakhir saingan Liga Super termasuk menentang Pahang.

"Bagi saya ini bukan satu perlawanan yang mudah apabila kita mendapatkan gol ke 2 ke 3 iaitu menunjukkan perlawanan yang mudah tetapi apabila kita mendahului walaupun dengan 10 orang seperti yang saya katakan penang bermain dengan baik," katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Penang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan berpuas hati semangat juang ditunjukkan anak buahnya.

"Bukan mudah hendak main di kekurangan orang di Sabah tetapi mereka telah menunjukkan satu semangat yang begitu main hingga menyamakan kedudukan tetapi mereka nampak kelihatan lemah putus asa apabila gol kedua berlaku," katanya.

Media Baharu