fb fb fb fb fb

Liga Super : JDT benam Kelantan TRW 4-1

Xisco Munoz berpuas hati dengan kejayaan anak buahnya / Foto BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 21 Disember - Johor Darul Ta'zim (JDT) mempamerkan dominasi mutlak dengan mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Kelantan The Real Warriors (TRW) FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.


Tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi tandukan Jairo Da Silva pada minit ke-21 hasil hantaran Manuel Federico Hidalgo Gasparini.

Jaringan berkenaan mencetuskan kebangkitan JDT dengan meningkatkan intensiti permainan serta melancarkan asakan bertali arus sebelum Teto Martin menyumbang gol kedua, pada minit ke-42.
 
Dua gol lagi terhasil pada minit ke-52 melalui Oscar Arribas, sebelum Nazmi Faiz Mansor mencetak nama selaku penjaring keempat, pada minit ke-56.
 
Pelawat yang tidak mahu menyerah mudah kemudian berjaya menghasilkan satu gol menerusi tendangan lambung Muhammad Nor Azam Azih pada minit ke-73, menewaskan Syihan Hazmi.
 
Ketua Jurulatih JDT, Xisco Munoz berpuas hati dengan kejayaan anak buahnya meraih kemenangan ke-12 dalam saingan Liga Super musim ini.
 
Bagaimanapun beliau akan mempersiapkan pasukan, menjelang aksi pusingan kedua.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kelantan TRW, Akmal Rizal memuji komitmen pemain yang mengikut taktikal ditetapkan namun akur, kecuaian barisan pertahanan mengakibatkan pasukannya bolos 4 kali.
 
 

FAUZIAH ABD RAHMAN