fb fb fb fb fb

Kira detik Sukan Para SUKMA 2022: Paralimpian kebangsaan diberi penghargaan

KUALA LUMPUR,24 Julai- Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly dan pemenang pingat emas acara 100 meter T36 Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohammad Ridzuan Mohd Puzi diberi penghormatan melancarkan Detik 100 Hari ke Sukan Para SUKMA edisi ke-20 MSN 2022 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan di sini.

Kedua-dua paralimpian kebangsaan itu diberi penghormatan menekan butang pelancaran sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Sukan MSN, Suhardi Alias.

Sukan Para SUKMA ke-20 MSN 2022 anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) dijadual bermula 1 hingga 6 November di sekitar Lembah Klang dengan mempertandingkan 10 jenis sukan melibatkan 328 acara dan disertai 1,200 atlet dari 14 negeri seluruh negara.

10 jenis sukan yang dipertanding ialah badminton, boccia, memanah, olahraga, ping pong, powerlifting, renang, catur, boling padang dan tenpin boling.

(Paralimpian kebangsaan diberi penghargaan)

Media Baharu