(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berucap pada Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara 2023)
PUTRAJAYA, 8 Oktober- Susulan peruntukkan keseluruhan RM332 juta dengan sejumlah RM154 juta akan diperuntukkan bagi program latihan atlet di bawah program pembangunan ekosistem sukan menyeluruh.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu optimis dengan peruntukkan tersebut sasaran negara untuk meraih pingat emas pertama di pentas olimpik akan diterjemahkan.
"Sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan kepada program podium dan ini memudahkan MSN meneruskan program podium atlet berprestasi tinggi dan kita yakin momentum yang ada sekarang, atlet berada pada landasan terbaik dan saya percaya idaman kita emas pertama olimpik itu akan tercapai di Olimpik Paris nanti insya-Allah,"katanya.
Beliau juga berharap dengan peruntukkan itu pembangunan atlet yang menggalas cabaran negara di temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris membuat persiapan yang cukup rapi.
Belanjawan 2022 sebelum ini menyaksikan keseluruhan industri sukan negara menerima RM244 juta.
Ia berkurangan lebih RM50 juta berbanding sebelum pandemik COVID-19, dengan belanjawan 2020 memperuntukkan RM299 juta untuk sektor itu.
(Sekitar kemeriahan sambutan Hari Sukan Negara di Putrajaya)