fb fb fb fb fb

Juventus lantik Motta ganti Allegri

Ketua jurulatih baharu Juventus, Thiago Motta /Foto REUTERS

ROME, 13 Jun-Juventus secara rasminya melantik Thiago Motta sebagai ketua jurulatih baharu menggantikan bekas pengurus Massimiliano Allegri, kata kelab berkenaan pada Rabu.

"Sukacitanya, Juventus mengumumkan pelantikan Thiago Motta sebagai ketua jurulatih pasukan utama. Ketua jurulatih berasal Itali-Brazil itu telah menandatangani kontrak bersama kelab sehingga 30 Jun 2027", kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Motta berjaya membawa Bologna layak ke Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam sejarah kelab berkenaan pada musim keduanya di Bologna.

Kejayaan tersebut menjadikan Motta sebagai buruan kelab-kelab ternama Eropah.

Pengendali berusia 41 tahun itu berjaya memenangi hati para peminat Bologna dengan gaya permainan penguasaan bola menggunakan kaedah 'press' dan membina serangan daripada bahagian pertahanan selepas mendapat kecaman penyokong selepas menggantikan Sinisa Mihajlovic pada 2022.

"Saya gembira membuka lembaran baharu kerjaya dengan kelab ternama seperti Juventus.

"Saya berterima kasih kepada pengurusan dan pemilik kelab yang mempunyai keyakinan terhadap cita-cita saya bagi membolehkan Juventus terbang tinggi dan memuaskan hati para penyokong kelab", kata Motta.

Motta meninggalkan Bologna bulan lepas selepas enggan menandatangani kontrak baharu.

pada bulan Mei lalu, Juventus memecat Allegri selepas berkelakuan buruk ketika perlawanan akhir Coppa Italia menentang Atlanta.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD