KUALA LUMPUR, 20 Mei - Selepas kejayaan Lee Zii Jia menjuarai Terbuka Thailand, seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh melakar kejayaan di Slovenia.
Justin mencipta sensasi selepas menumpaskan pemain Indonesia, Prahdiska Bagas Shujiwo 19-21, 21-11 dan 21-15 pada aksi final di Dras Center, Maribor.
Kejayaan itu diraih hanya dua bulan selepas kembali beraksi secara kompetitif.
Pemain berusia 20 tahun itu sebelum ini terpaksa berehat selama akibat masalah kecederaan.
Justin yang kini menduduki ranking ke-179 dunia, adalah pemain kedua Malaysia yang merangkul gelaran perseorangan lelaki pada kejohanan itu, selepas Ramdan Misbun pada 2013.