fb fb fb fb fb

Juara terbuka Taiwan, tewaskan juara Olimpik 2020

Badminton Photo

TAIWAN, 25 Julai - Beregu lelaki muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mencipta kejutan besar apabila berjaya menumpaskan Juara Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin untuk muncul juara Terbuka Taiwan malam tadi.

Pasangan di ranking ke-36 dunia yang turun dengan semangat juang tinggi itu menampilkan persembahan cemerlang untuk menundukkan wakil tuan rumah 21-18 pada set pertama.


(Beregu lelaki muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mencipta kejutan besar apabila
berjaya menumpaskan Juara Olimpik Tokyo 2020 / Foto Badminton Photo)

Namun, lawan mereka yang juga beregu nombor empat dunia itu bangkit mengejar pada set kedua dengan kemenangan 21-11, sekali gus mengheret pertemuan ke set penentuan.

Wei Chong-Kai Wun, yang merupakan pilihan keenam kejohanan, mula memperkemaskan aksi mereka pada set penentuan untuk mengesahkan kemenangan 21-18, dalam pertarungan selama 54 minit.

Ini gelaran juara kedua buat Wei Chong-Kai Wun tahun ini selepas menjuarai Kejohanan Antarabangsa India Januari lepas.

Media Baharu