fb fb fb fb fb

JDT sambar Iker Undabarrena

Foto FB /johorsoutherntigers.com.my

KUALA LUMPUR, 12 Ogos-Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim, JDT mengumumkan membawa masuk pemain dari Sepanyol, Iker Undabarrena pada jendela perpindahan kedua liga.

Perkembangan itu diumumkan melalui laman facebook rasmi, Johor Southern Tigers.

Undabarrena sebelum ini menghabiskan sebahagian besar kariernya di Sepanyol bersama pasukan seperti CD Basconia, Bilbao Athletic, CD Tenerife dan CE Sabadell.

Dalam pada itu beliau pernah kerkelana di Portugal bersama Tondela pada 2021 sebelum kembali ke Sepanyol untuk menyertai CD Leganes pada 2022.

CD Leganes menjadi kelab terakhirnya sebelum menyertai skuad Harimau Selatan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD